Wednesday, December 17, 2008

Application Letter For Getting 2nd Wife.

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi
di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang
telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1
hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan
ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu
rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia
tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma
akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Nota :
En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan
Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan dimana?
Guna pisau boleh bang..?".

Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada
isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan
penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!

15 comments:

neron said...

ahaks.,... toyongg ko mencabar sama sa ni.. baca ni surat.. tak pe.. macam mana sa nak ukar alamat.. ni hehehe mana option dia... yg mau d belah guna pisau... hehee ni mau kena gusti nii....

Toyong Core_Lost said...

hahaha...ai??..terasa ka tu??..sa tak cakap siapa2 ah..hahahha

JPP Papa said...

papajoneh.com here:

Hahahaha. Hebat surat ni. boleh dipakai bah. nanti sia cuba try kinamai dulu. if u ndak dengar2 sia di blog, kau taulah sudah napatai motu. hahahaha

Toyong Core_Lost said...

JPP papa-hahaha....ko kasi cantik sikit ko pnya surat ba..baru dia sign pkai Pen....hahaha

CJane said...

If my future husband send me this letter, bukan lagi pisau I pakai.. parang putung babi I bawa tau!

Toyong Core_Lost said...

ethel-hahaha....alang2 tu kalau pisau putung babi..sekurang-kurangnya pkai la chainsaw ka..grass cutter ka...baru ada KICK!!!..hahaha..

neron said...

emmm jan bha.. tak salah poligami tu... hahahaahah last2 sama lah lelaki sama perempuan.. apa boleh buat... jodoh dit tangan tuhan.. macam juga kalau sudah jatuh cinta sama orang yang kita sayang.. satu hari nanti manusia akan terpikir.. apa sebenarnya tujuan hidup di dunia.. sama ada untuk membenci atau menyintaii... terima lah hakikat apa yg terjadi pada diri kita.. so tak salah kan yang penting bahagiaa.. ahaksss ya ka tu toyonggg....

Mell_f said...

Haha..mau jg bersurat2..skg kan ada sms,emel pun ada. kan? haha.

Toyong Core_Lost said...

Mell_f-dia mau jimat kan kos ba tu coz dia mau kasi cukup kuota..hehe..

Puteri (Enuvung) Manisa said...

hahaha... kalau sayalah bini nombor satu dalam cerita tu, saya akan balas surat tu macam ni:

Wahai suami yang dicintai dan disayangi... saya sangat bertuah kerana memiliki suami yang setia dan jujur seperti kamu. Saya akan izinkan tapi dengan syarat:
1. izinkan saya khawin juga dengan lelaki yang lain. semoga saya pun berkongsi kegembiraan yang kau alami.
2. semua harta sepencarian kita berdua minta diberikan separuh-separuh diantara kita. apa guna simpan bahagian orang kalau kamu sudah kaya dengan bakal isteri ko tu.
3. mohon agar semua anak2 kita saya yang menjaga semuanya kerana saya percaya kau dan bini kau yang nombor dua tu tidak larat menjaga anak2 ini kerana kamu berdua bekerja. takut nanti anak2 itu terabai dan ditinggalkan.
4. oleh kerana engkau berkasih-kasihan dgn pekerja kita maka kepercayaan saya terhadap kejujuran dan kestiaan mu terhadap saya tidak ada lagi. maka kamu juga kena menandatangani surat cerai atau perpisahan kita. jangan memaksa saya untuk hidup berkongsimu takut nanti pisau didapur tu boleh menghaibkan barang orang.
5. oleh itu, silalah turunkan tandatangan diruang yang disediakan diatas kertas ini..

Yang Benar,

Isteri yang Setia

Toyong Core_Lost said...

Enuvung..oleh itu,jadi la bini No 2..hahaha..misingkavaro bo.. :p

Puteri (Enuvung) Manisa said...

hahaha... saya lebih suka jadi isteri tunggal.. kalau suami buat hal sorrylah kalau saya akan setia mendampingnya sampai akhir hayat. banyak lagi lelaki diluar sana yang lebih setia dan jujur yang lebih menghargai cinta saya. Toyong.. kau berangan magapid kah!! hancur oo kalau....hehe...

Toyong Core_Lost said...

Enuvung-..lelaki2 yang ko maksudkan tu mcm ada ciri2 saya o..hahaha...ish!!..mana da saya mau magapid o...buang duit ja tu..hahaha..good boy jga ba ni..hehhe.. :p

Puteri (Enuvung) Manisa said...

yakah???!!!! tapi ada juga lelaki kan.. isteri dirumah.. Girl Friend special diluar sana... boleh dikatakan lelaki jenis macam ini suka bermain perempuan.. hehehe

APapun saya rasa Toyong bukan lelaki macam tu juga kan!!!

Toyong Core_Lost said...

Enuvung-..kalau cerita lelaki..isteri di luar tapi special GF d luar,memang banyak sya dngr dan nampak sendiri....pasal bermain perempuan tu,saya tak faham apa maksud ko..hahaha...paham2 saja la kan..hehe..kalau toyong good boy jga la..tak jga simpan2 perempuan kalau da ada isteri..hehe.. :p