Wednesday, December 10, 2008

Rop's..(My Band Group)


Kolos

Franco(on drum)
David (Asim)

Jaya (on Bass)

Peter (Ito)

Charles

Ito

Asim

Function in Kandawayon

Function in Kandawayon

Halloo!!!....yeah!!...Kali ini saya dengan ini ingin memperkenalkan anggota-anggota Rop's....Band ini telah ditubuhkan sekitar tahun 90an.Pada asalnya,band ini dianggotai oleh saudara Charles M,Peter M,David O,Alfius M dan Richard K.Mereka ini lah anggota asli bagi band ini.Kumpulan ini telah memainkan komitmen yang sangat tinggi dalam penghasilan album penyanyi-penyanyi Rungus samada dalam album solo mahupun album kompilasi pada era 1990an.Antara album-album Rungus yang pernah dihasilkan ialah Mega Rungus Vol 1,Vol 2,album solo saudara Jaslin...lupa la Bin dia..hehe..dan ada lagi la yang saya tak ingat..maklum la,sewaktu album-album itu dihasilkan,saya masih lagi kanak-kanak..huahahaha!!!....Pada tahun 1994,Rop's telah menghasilkan 1 album duo yang menampilkan penyanyi handalan Rungus iaitu saudara Charles M.(ketua band),dan saudara Ajun Mava.Album ini bertajuk"Charles & Ajun".Lagu-lagu dalam album ini dicipta sepenuhnya oleh kedua-dua penyanyi ini.Memang sedap-sedap la lagu mereka sehingga lagu-lagu itu masih menjadi siulan pada masa kini.Lagu"Piret Kampung" antara lagu yang masih segar diingatan penduduk Kudat dan Matunggong.

Apa itu Rop's?..?..?...

Perkataan "Rop's" adalah singkatan untuk setiap nama kampung asal anggota kumpulan.Huruf "R=Rondomon,"O=om(dalam bahasa rungus,bermaksud"Dan"),"P=Parapat,Popot,Pinawantai,Pomonsukan,"S=Sound. Ada juga terselit perkataan mat salleh..hehe...Maka,ayat penuh untuk Rop's ialah "rondomon om popot,parapat,pinawantai sound"(bahasa Rungus).Haa...tpi itu dulu..sekarang kita orang dah tukar...Rop's kini=Rungus Originated Powerful Sound.


Zaman Battle of The Band.

Yeah!!...Rop's pernah beberapa kali dinobatkan juara batlle of the band.Penyanyi mereka pada masa itu ialah Musri a.k.a Mus.....Mereka sering membawa lagu-lagu May dan suara penyanyi mereka juga seperti suara Mus May.Mereka ini juga digelar harimau pentas berdasarkan persembahan mantap kumpulan ini.Pada masa itu,Rop's sering diundang untuk membuat persembahan dalam satu-satu pertandingan kugiran.(Masa ni mereka da tak ikut battle).

Rop's Sekarang.

Pada masa kini,Rop's mempunyai anggota tambahan kerana Saudara Alfius dan saudara Richard berada di luar daerah Matunggong atas komitmen kerja.Namun,mereka sering juga bersama Rop's di masa lapang mereka.Antara muka-muka baru Rop's ialah saudara Nicholas a.k.a Kolos,saudara Franco dan saudara Jaya.Anggota asal Rop's yang masih aktif sekarang ialah saudara Peter M,Charles M dan Saudara David O.Kini,Rop's sering diundang untuk mengiring pesta kaamatan,pesta Gong,acara-acara rasmi dan majlis-majlis perkhawinan.Bukan sahaja di kawasan Matunggong malah Rop's juga pernah di undang ke daerah Ranau untuk mengiring majlis perkhawinan.Dalam bab-bab mengiring majlis perkhawinan dan Pesta Kaamatan ni sememangnya rutin Rop's pada tahun 90an kerana pada masa itu belum ada lagi band-band lain.Antara genre muzik yang mereka mainkam adalah lagu-lagu tempatan,rock,balada,dan sedang berjinak-jinak dengan lagu-lagu berkonsep jazz dan blues serta lagu-lagu oldiest.

Senarai Anggota Rop's.

1.M.Charles Kastum.(Pengurus,Singer)
2.M.Peter Kastum.(Bassist,Keyboard)
3.O.David Kastum.(Guitar)
4.Richard Kinsung(Guitar,Drum)
5.Alfius Mogak(Drummer)
6.Nicholas Samuel S.(Guitar)
7.Franco Akat(Drummer)
8.Jaya(Bassist)

p/s: Gambar saudara Alfius dan Saudara Richard belum dapat disertakan.Masih menanti gambar terbaru mereka.

To be continue....







11 comments:

Kay Stanford Jr Kastum said...

Oi! Kolos..!! Ada sudah blog kau! Bagusss... Keep it up. Ini yang sia mau tinguk ni. Boleh lah baca update kau...

Toyong said...

ya..thanks bro..cuba2 ja ni..hehe..

Puteri (Enuvung) Manisa said...

emm.. ko band boys dari kampung mana?? boleh di import kaitu?? hehehe

Toyong said...

enuvung-sya band boy dari kg.......tak payah la ko tau....nanti ko tau jga tu..ko tngu la tu gmbr2 ba...mana tau ko dapat klue...hehehe..import???...bulu ba kalau ko..hehe...

Puteri (Enuvung) Manisa said...

inda apa... ok nopo

Toyong said...

Enuvung-Sya Rop's punya band boy..c charles punya band..hehe..

Puteri (Enuvung) Manisa said...

ala.. inda apa ba Rops tu yang penting bakat tu dapat diteruskan

Toyong said...

enuvung-ya..serlahkan bakat2 rungus yg ada..

fedelish said...

ai gambar sya tada ka? hhaha...mau juga... enda paya

fedelish said...

ai gambar sya mana? heheh... main2 ba.. ena paya..menyibuk ja..

Toyong said...

fedelish-nanti kita jalan2 cari gambar bha..hehe